Tuesday, May 29, 2007

Tok Guru Nik Aziz Dan Filem Animasi



Mockup Majalah Darul Digital Kota Bharu.

Cai, Milo dan Aku di Pameran Animasi dan Pelancaran Pusat Animasi Darul Digital, Kota Bharu Kelantan.

Petikan Dari Web Gema Kota Bharu Bandaraya Islam.


En Kamn menerangkan sesuatu kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan mengenai animasi PEJUANG, karya dan terbitan beliau yang sedang ditayangkan di TV1- Isnin 7.00malam.

Tuan Guru tertarik dengan galeri foto dan pameran animasi oleh Quest Animations.

Tuan Guru dengan bersungguh-sungguh turut menyumbang idea dan buah fikirannya bagi memantapkan lagi kaedah penceritaan dan mutu penerbitan filem dan animasi tempatan. Beliau turut berterimakasih kepada semua yang membantu merealisasikan pameran tersebut.


KOTA BHARU, 19 Dis (Hrkh) - Kelantan sekali lagi bakal mencipta sejarah dalam bidang seni apabila berhasrat menganjurkan Festival Filem Islam Antarabangsa tahun hadapan sempena program Tahun Melawat Malaysia 2007. Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, diharap festival berkenaan dihadiri penerbit-penerbit filem Islam di peringkat antarabangsa yang sudah lama mencipta nama. Menurutnya, tokoh-tokoh perfileman dunia terutamanya dari Iran akan dijemput menghadiri program berkenaan.
“Dengan adanya pesta filem ini membuktikan kerajaan Kelantan tidak menolak peranan seni lakon dalam usaha mendidik masyarakat, selagi ia tidak bercanggah dengan Islam,” katanya selepas merasmikan pusat animasi terulung di negara ini di KB Mall di sini, hari ini.
Pusat itu dikenali sebagai Pusat Animasi Darul Digital menyediakan kursus jangka pendek bagi melahirkan lebih ramai karyawan dalam bidang berkenaan di negara ini. Penggerak utama projek tersebut iaitu pengarah filem terkenal Dato’ Jamil Sulong dan isterinya Datin Rosnani Jamil. Darul Digital adalah anak syarikat kerajaan negeri di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan penubuhan Darul Digital berharap filem-filem animasi yang bakal dilahirkan lebih bercorak Islam sehingga ia dapat dipasarkan ke luar negara khususnya negara-negara Islam. Menurutnya, pahlawan Melayu yang menentang penjajah seperti Mat Kilau, Tok Janggut dan ulama terkenal antaranya, Tok Kenali hendaklah digarap semula sejarah hidupnya melalui filem animasi.
“Begitu juga sejarah pejuang-pejuang Islam Salahuddin Alayubi, Iskandar Zulkarnain termasuk saintis Islam juga hendaklah diketengahkan supaya dapat dihayati generasi sekarang,” ujarnya.
Menurutnya bakal karyawan Kelantan tidak mustahil akan menjadi terkenal menerusi filem animasi sekiranya mereka tekun mengikuti kursus yang diadakan.
“Namun apa yang lebih penting setiap karya yang dihasilkan hendaklah berlandaskan Islam agar ia mampu mendidik masyarakat supaya berpegang teguh kepada ajaran Islam.
“Kita berharap Darul Digital dapat membentuk syaksiah remaja di negeri ini sehingga dapat menonjolkan imej yang baik,” katanya. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, seramai 300 pelajar bakal diambil bagi mengikuti kursus animasi. Katanya, setiap pelajar dikenakan bayaran RM2,500 bagi satu sesi kursus yang mengambil tempoh enam minggu.
Beliau berkata, hasrat Kelantan untuk melahirkan para karyawan menerusi filem animasi akan berjaya sekiranya mereka tekun mendalami kursus yang dipelajari.
“Ada juga yang meminta kursus berkenaan diadakan pada hujung minggu dan Insya-Allah kita akan cuba pertimbangkannya bagi membolehkan lebih ramai peserta mengikuti kursus tersebut.
“Apa yang penting kepada kita rakyat Kelantan mampu menghasilkan filem animasi berimej Islam yang hebat sehingga mampu dieskport ke negara lain,” ujarnya.

4 comments:

Naj AB said...

sdr, bila majalah darul digital akan terbit?

Anonymous said...

wahh..sampai kelantan ye..jumpa tuan guru lagi
best lahh...hihihii

Anonymous said...

Majalah Darul Digital itu sebenarnya kepunyaan Syarikat Darul Digital itu juga, bila mereka nak terbitkan kita orang tak tau lagi. Gambar En. Amir yang terpampang dimuka depan majalah itu hanya mokap saja, sebagai contoh rupa majalah itu dan sebab En. Amir menjadi model pujaan ramai orang Kelantan. Kita sama-sama le tunggu bila majalah itu nak diterbitkan.

aMeir said...

Jon, jgn excited sangat. tak semua orang suka benda yang sama kan..
-----------------------------------
Untuk ummu fatimah, kawan saya dah tolong jawabkan. "Terimakasih Kawan saya.." Majalah tu belum wujud lagi... test market..