Sunday, April 15, 2007

Lukisan Lama

Dua lukisan lama ni aku jumpa masa menyelongkar fail-fail lama kat rumah. Berpeluh-peluh jugak aku mencari dan selak semua dokumen lama yang masih tersimpan elok. Untuk hari ni, cukup la aku sisipkan 2 lakaran ni. Yang pertama tu, lakaran spek ataupun guide untuk kami para animator Kharisma dulu. Lakaran spek ni penting untuk menyeragamkan lukisan kami semua. Namun, kadang-kadang, kalau perati betul-betul animasi Usop Sontorian tu, mesti kita jumpa macam-macam jenis dan gaya lukisan kat dalam tu. Resmi pelukis, susah nak lari dari identiti sendiri. Apa-apapun, lukisan dan lakaran ni, sebenarnya dah jadi sejarah penting negara kita ni, tambahan pula baru-baru ni, Kerajaan mula membuka mata pada industri animasi kita.

Kalau kita kaji lukisan watak-watak ni, kita akan jumpa satu teori dan konsep yang digunakan oleh Ujang dalam mencipta watak-watak tersebut. Ianya menggunakan imej Geometri, iaitu Bulat, Empat Segi, bentuk kacang dan Bujur Telur. Perhatikan watak Budin, Pakmat dan Singh, ianya berasal dari bentuk empat segi. Dol, Ahkim dan Velloo pula berbentuk bulat. Kak Kiah dan Abu mengambil asas bujur telur. Manakala Usop, sebagai watak utama diberi sentuhan kelainan dengan rupa bentuk kekacang.
Lakaran sel watak Dol dalam Usop Sontorian. Lukisan ni tak digunakan dalam siri Usop Sontorian. Sel ini hanyalah satu bentuk latihan pada para animator baru. Kami biasanya dilatihtubi untuk melukis sel-sel macam ni menggunakan kertas dan pensil, bila dah cukup mahir dan cekap melukis, baru kami diserap masuk dalam kumpulan animator berkomputer. Animasi Usop Sontorian dilukis sepenuhnya dalam komputer menggunakan kaedah DTS (draw to system). Kami melukis animasi terus ke dalam sistem komputer menggunakan tetikus (mouse) bagi menggantikan pensil dan kertas namun kaedah ini tetap memerlukan lakaran (frame by frame) macam cara tradisional jugak, bezanya hanyalah penggunaan komputer.

7 comments:

Noo said...

Lukisan spek bederet tu ada lagi kau simpan.apa lagi yang ada? nampaknya aku pun kena punggah balik harta karun aku. p('-')q

Anonymous said...

uish.... tak susah ke lukis pakai mouse?

aMeir said...

.. Melukis menggunakan mouse, sampai sekarang masih gunakan kaedah yang sama..

Untuk anuar, huish banyak lagi ada.. belum ada masa nak keluarkan semua tu.. sikit-sikit dah la.. ha ha

Anonymous said...

asal tak pakai pen pad je?

Anonymous said...

bley x-plain detail tak apa maksud lukis pakai mouse tu...
pakai software apa? cam hafiz cakap..nape tak pakai pen pad (wacom)

aMeir said...

Software kitorang tu pesen lama. Tak berapa stabil kalau pakai penpad tu. Tapi pakai mouse pun ok tau, pasal dah expert gila. Lagipun malas nak perabih bajet beli benda-benda mahal tu. Selagi boleh guna benda murah.. belasah je..

Anonymous said...

itu baru real punyer pro orang cakap...hahahaa..ingat senang ke??